Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 23, 2012

Langgar fatwa Tugu 1 Malaysia hina Raja

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menganggap kegagalan mematuhi fatwa tentang pembinaan replika tugu 1 Malaysia sebagai menghina Tuanku Raja Perlis selaku ketua agama di negeri ini.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam (foto), masih terdapat tempat termasuk premis kerajaan yang masih mempunyai binaan replika tugu 1 Malaysia yang mana ianya melanggar fatwa yang telah dikeluarkan di negeri ini.

"Keputusan majlis fatwa negeri Perlis tentang larangan membina replika tugu 1 Malaysia di dalam negeri Perlis dibuat berdasarkan ayat 90 surah al-Maidah mula-mulanya disiarkan dalam buletin Majlis Agama Islam kemudian terbit pula dalam Buletin Jabatan Mufti dan kemudiannya disebut dalam teks khutbah yang dibaca di masjid-masjid di seluruh negeri.

"Walaupun sudah ada premis kerajaan seperti Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis yang sudah membuang tugu tersebut, masih ada lagi tempat yang belum melakukannya.

"Dewan Ulama Perlis berasa kesal dengan pihak-pihak yang masih tidak mengendahkan fatwa ini. Mereka bukan sahaja melanggar fatwa malahan menghina Tuanku Raja memandangakan bidang agama terletak di bawah bidang kuasa bagainda," katanya.

Sementara itu, Ustaz Salleh juga turut melahirkan rasa kesal dengan perbuatan menggunakan surau-surau kerajaan untuk aktiviti politik.

Katanya, terdapat surau yang berada di bawah jagaan Majlis Agama Islam telah digunakan sebagai bilik gerakan Umno/BN.

"Kami berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dalam hal ini tanpa bersikap prejudis atau memilih bulu. Perbuatan ini juga melanggar arahan yang dikeluarkan dan dianggap menghina Tuanku Raja Perlis kerana surau ini di bawah jagaan majlis agama islam," ujarnya.

No comments: